Monday 4 July 2022

Ketika dan Kalimat

 

Tugasan terakhir bagi kursus multimedia dalam bahasa, prof minta kami luah pengalaman sepanjang 14 minggu belajar.

 14 minggu belajar kursus ni banyak sangat jadi, rasanya ini kursus yang paling banyak kenangan. Secara jujurnya awal-awal tu banyak tak puas hati sebab kerja banyak kena tangkap gambar tambah pula kita bukan jenis yang suka ambil gambar (sebenarnya tak ada bakat). Ingat lagi paling tak boleh terima kena tangkap gambar serangga 5. waduhhh kat mana nak cari serangga, 5 pula tu dah duduk kolej. Terpaksa la pergi bukit ekspo petang-petang. lepas tu  sampai ke Putrajaya yee semata-mata nak tangkap gambar tapi bukan gambar serangga la. tapi ni awal-awal la biasa la kita kursus bahasa tak biasa sangat dengan amali, biasa buat kerja kat laptop je, sekali ambil kursus ni kena banyak amali tu yang kejutan budaya sikit. tapi Prof selalu ingatkan jangan merungut buat je. tapi betul benda ni semua bermula dengan mindset seseorang, kalau kita cakap susahlah, banyaklah memang susahlah jadinya tapi kalau kita sendiri yang cakap alaa benda ni senang je tak banyak pun, and memang jadi senang dan mudah. awal-awal tu banyak merungut tapi makin lama makin best kursus ni. 

kursus multimedia dalam bahasa ni juga kami kena ada akaun 6 media sosial. saya yang ambivert ni memang tak suka post kat media sosial. media sosial untuk kawan-kawan yang dekat je. tapi sebab kursus ni kena buat post di semua media sosial. 

The best part of this subject is buat video. mungkin sebab dia kerja kumpulan jadi memang best gilerrr. kumpulan saya pula tepat-tepat 10 orang. ok cerita sikit pasal KJK Production ni, kami sebenarnya memang dah rapat sejak sem 1 lagi, waktu prof bagitau awal tu kena tubuhkan kumpulan 10 hingga 11 orang, rasa seronok gila ngam-ngam je sepuluh orang. ok cukup pasal kjk tu, back to multimedia yang kena buat banyak video. dia banyak pun tak terasa sebab proses pembuatan video tu seronok tau, betullah kata orang kita perlu enjoy buat apa-apa pun, penat pun tak terasa. dapat pula kumpulan yang kepala semua masuk air, makin best la. sepanjang buat video tu ada kami memang buat kat kolej, nasib baik saya memang duduk kolej, jadi boleh join kawan-kawan lain buat video. tak terbayang kena buat sendiri kat rumah dah lah pemalu. buat video menari la kena berlakon la terkeluar semua bakat walaupun tak ada. tapi tipulah kalau cakap semua berjalan lancar je, ada je gaduh-gaduh sikit dan halangan waktu penggambaran ni. pilih tempat la, cuaca nak hujan la kenaa record cepat, ada yang jatuh waktu merakam la dan banyak lagi la. tapi setiap kali kami bentang kerja, Prof mesti puji terus naik semangat macam nak record video banyak-banyak, penat pun hilang dengar Prof puji.

Tapi secara keseluruhan, kursus multimedia dalam bahasa ni best sangat banyaak yang saya belajar macam cara tangkap gambar, buat video, edit video dan mediaa sosial macam linked dan blog ni. kursus ni juga banyak kenangan suka duka walaupun kuliah dijalankan secara atas talian.

TERIMA KASIH PROF











Kehadiran 1 julai 2022 (kuliah terakhir)