Wednesday 30 March 2022

Memories of my school days



Sk Simunul Semporna, tempat pertama saya menuntut ilmu. Sk Simunul merupakan tempat saya belajar sejak peringkat Pra-Sekolah lagi. Namun Begitu, saya telah berpindah ke sekolah Sk Bugaya atas faktor tempat tinggal. sebab sk bugaya lebih dekat dengan rumah saya. jadi senang hendak ke sekolah.


SK Bugaya tempat saya belajar walaupun cuma setahun. tidak banyak kenangan yang tercipta saya juga masih kecil. saya pindah ke daerah lain iaitu sandakan memaksa saya untuk bertukar ke sekolah lain.


SK Bandar, setelah asyik berpindah sekolah akhirnya saya berjaya menamatkan zaman sekolah rendah saya di sini. bermula daripada darjah tiga sehingga darjah enam. 



SM ST MICHEAL, satu-satunya sekolah menengah saya. tiada perpindahan berlaku waktu saya sekolah menengah. sudah pasti sekolah ni paling banyak kenangan.Saya akan mengatakan bahawa saya belajar banyak daripada sekolah ini bukan yang lain tidak belajar tetapi sekolah ini ada tempat yang istimewa di hati saya. lima tahun bukan masa yang singkat. saya membesar di sekolah ni. kawan-kawan dari sekolah rendah semua masuk sekolah lain saya hanya ada empat kawan yang rapat jadi bila dorang masuk sekolah agama saya tinggal sendiri dan saya tiada pilihan lain melainkan cari kawan baru.


Selepas lima tahun belajar akhirnya kami lulus yeayyyyy. Saya mempunyai perasaan bercampur baur tentang menamatkan sekolah menengah saya. gembira sebab sudah habis lima tahun tapi sedih sebab terpaksa tinggalkan sekolah. pada hari terakhir sekolah baru terasa 5 tahun bukanlah masa yang lama. 


Pusat Tingkatan 6 SMK Buagaya. saya masuk tingkatan 6 di SMK Bugaya. dan ya saya berpindah semula ke semporna. bukan pilihan saya, ayah saya minta saya pindah balik ke semporna jika saya ingin sambung belajar. walaupun berat hati hendak pindah tapi sebabkan masa depan saya turuti. pindah semporna tinggalkan kawan-kawan saya dan kehidupan di sandakan.







sekolah ini banyak mengajar saya tentang kehidupan, masa depan dan banyak lagi.  saya mengambil 4 subjek iaitu Goegrafi,sejarah, bahasa melayu dan pengajian am. setiap guru di sekolah ini layak mendapat 'anugerah guru terbaik'. Saya tidak pernah melihat guru seperti mereka. mereka begitu gigih dan berdedikasi. mereka lagi nampak bersungguh untuk pelajar cemerlang berbanding  pelajar sendiri.. sekolah ni buat setiap student rasa tidak mahu pulang. biar dari pagi sampai malam or isnin sampai ahad di sekolah. mungkin sesetengah orang fikir ia memenatkan tetapi percayalah ia tidak, ia sangat menyeronokkan. yang seronoknya ialah cikgu. mereka pandai mengajar, tidak memberi tekanan kepada pelajar. sekolah ini terasa seperti  keluarga, menangis, ketawa dan belajar kami melakukannya bersama-sama dengan guru kami. Pusat tingkatan enam di sekolah ni hanyalah blok kayu tetapi berjaya melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dan sentiasa menjadi pusat tingkatan enam yang terbaik di semporna.



masa berjalan, tempoh satu tahun setengah pun tamat. Saya dapat mengatakan bahawa saya melakukannya dengan baik di tingkatan 6. menamatkan tingkatan enam saya dengan 3.75 dan kenangan.



Dan sekarang saya melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam bidang linguistik melayu





 




No comments:

Post a Comment