Thursday, 26 May 2022
Asas Videografi : Video lagu
Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), video lagu merujuk kepada video yang memerlukan lakonan mengikut jalan penceritaan lirik lagu. Video lagu melibatkan pelakon yang dapat meninggalkan kesan terhadap lirik lagu tersebut. Lakonan yang dilakukan perlulah mempunyai emosi supaya penonton faham tentang jalan cerita lagu tersebut. Video lagu memerlukan suntingan yang baik supaya nampak lebih menarik. Proses penghasilan video lagu ini berjalan dengan lancar. Meskipun pada mulanya semasa hendak melakukan rakaman kami menghadapi halangan iaitu cuaca yang tidak menentu, namun kami berjaya mengatasinya dengan menukar lokasi rakaman secara tiba-tiba ke kawasan yang lebih sesuai. Dalam masa yang singkat video ini siap dirakam dan akhirnya dihasilkan dengan jayanya dengan kerjasama semua ahli terlibat.
lINK YOUTUNE BAGI TUGASAN VIDEO LAGU : https://youtu.be/XzlaRwkejr8
Asas Videografi : Video Fokus
Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya, Multimedia dalam Bahasa, video fokus ataupun video tanpa wajah merujuk kepada video yang memberi tumpuan terhadap satu-satu item atau anggota badan. Video fokus mempunyai jalan cerita yang membuatkan penonton berfikir. Hal ini kerana tiada wajah yang terdapat dalam video tersebut, maka emosi tidak akan kelihatan. Oleh itu, video fokus penting dalam memberikan ruang pemahaman jalan cerita yang ingin disampaikan.
Proses penghasilan video fokus ini berjalan dengan lancar. Hal ini disebabkan, semua ahli kumpulan memberikan komitmen yang sepenuhnya walaupun ada di antara kami yang berada di rumah masing-masing. Pemilihan tempat, masa dan pakaian dicapai mengikut kata putus bersama. Semua ahli kumpulan memberikan idea yang bernas yang telah menjayakan rakaman video ini. Kami semua sangat gembira dan mempelajari banyak perkara baru sepanjang proses penghasilan video ini dijalankan.
LINK YOUTUBE BAGI TUGASAN VIDEO FOKUS ATAU TANPA WAJAH : https://youtu.be/DrYcSAW6q18
Asas Videografi : One Shot Three Layer
Asas Videografi : One Shot Two Layer
TUGASAN BERKUMPULAN : BBM3410-2022 ONE SHOT TWO LAYER-KJK PRODUCTION
Sunday, 15 May 2022
Asas Videografi : One Shot One Layer
Tugasan Kumpulan : BBM3410-2022-ASAS VIDEOGRAFI ONE SHOT [KJK PRODUCTION]
LINIK YOUTUBE : https://youtu.be/Q9ExjNtkEz0