Friday 10 June 2022

Inforgrafik : Media Sosial


Tugasan Infografik kelebihan Media Sosial



Bukti kehadiran 10 Jun 2022





 

Asas Videografi : Setempat

Video setempat merujuk kepads video yang tidak memerlukan suntingan. Videi ini dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat atau kawasan. Video ini dirakam dan suara latar merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Terdapat penceritaan disertakan dengan humor dan perkara yang berlaku ketika itu. 

Video ini diambil di 4fingers IOI City Mall setelah mendapat persetujuan daripada pekerja tersebut. Nasib baik dia benarkan dan bagi kerjasama yang baik. Awal tu pekerja perempuan yang dekat kaunter lepas kami cakap nak record video assignment dia suruh pula kawan dia yang jat dapur jaga mungkin dia tak nak masuk dalam video saya. Tapi kedua-dua staf 4Fingers sporting dan sanggup tolong saya.

LINK YOUTUBE BAGI TUGASAN VIDEO SETEMPAT :


Bukti Kehadiran 8 Jun 2022

 

Asas Videografi : Dokumentari

 

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video dokumentari merujuk kepada video yang tidak mempunyai penceritaan. Video dokumentari memberi pengetahuan tentang sesuatu perkara kepada pendengar iaitu terdapat seorang yang mengulas tentang dokumentari yang dipaparkan. Kadangkala, video jenis ini disertakan dengan temu bual bersama watak sebenar dalam situasi tersebut. Proses untuk menyiapkan video dokumentari ini berjalan dengan lancar. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik semasa menghasilkan video ini. Kami memilih tema "sukan" mengikut kata sepakat daripada semua ahli kumpulan. Kemudian, kami berbincang mengenai isi-isi penting yang perlu dimasukkan dalam video tersebut. Walaupun ada di antara kumpulan kami yang masih berada di rumah, tetapi proses untuk menyiapkan tugasan ini tetap berjalan seperti yang dirancang.

LINK YOUTUBE VIDEO DOKUMENTARI KJK PRODUCTION : https://youtu.be/jOya-3MQorA


Bukti Kehadiran 8 Jun 2022

Thursday 2 June 2022

LinkedIn

 


Akaun LinkedIn 







Prof accepted my invitation to connect



Bukti Kehadiran 3 Jun 2022





Asas Videografi : Video Tragedi

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video tragedi merujuk kepada video yang melibatkan plot cerita yang memberikan kesan emosi yang tinggi. Emosi seperti sedih, murung, terkejut dan pelbagai emosi yang negatif. Video tragedi seharusnya mempunyai jalan cerita yang memberikan impak dalam kehidupan seseorang.

Proses penghasilan video tragedi ini berjalan dengan lancar. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang proses penghasilan video ini dijalankan. Banyak pengalaman baharu yang kami dapat semasa menghasilkan video ini. Pemilihan jalan cerita, tempat dan waktu yang sesuai juga membantu kami menjayakan video tragedi ini.

LINK YOUTUBE BAGI TUGASAN VIDEO TRAGEDI : https://youtu.be/oGExyvkgekY


Bukti Kehadiran

 

Asas Videografi : Video Seram

Proses penghasilan video seram ini berjalan dengan lancar. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik semasa proses penghasilan video ini dijalankan. Pemilihan lokasI penggambaran adalah dibuat secara bersama-sama.

Kami semua mendapat pengalaman baharu dalam menghasilkan video jenis seram ini. Pengalaman ini sangat bermakna dan proses penggambaran yang dijalankan sangat seronok. Suasana waktu malam yang dipilih sebagai latar masa bagi video ini juga membantu kami dalam menjayakan video seram ini dan mood seram dapat dihidupkan dalam video kami kali ini.

LINK YOUTUBE BAGI TUGASAN VIDEO SERAM :



Bukti Kehadiran