Elemen: Mudah
Tema: Kereta
Huraian: Mudah bermaksud
penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada
dalam bentuk foto mahupun video. Dalam foto diatas dapat dilihat gambar sebuah
kereta. Seseorang yang melihat foto tersebut dapat memahami foto tersebut
merupakan sebuah kereta yang berwarna biru. Pemahaman boleh berlaku dengan
hanya melihat foto tersebut walaupun tanpa sebarang text yang menerangkannya.
Elemen: Warna
Tema: Bunga
Huraian: Elemen warna bermaksud kombinasi warna yang digunakan dalam sesuatu gambaran sama ada dalam bentuk foto ataupun video. Gambar bunga matahari diatas merupakan sebuah grafik yang baik kerana warna yang digunakan tidak melebih tiga warna. Gambar diatas memperlihatkan bunga matahari yang berwarna kuningdan disertai dengan daun yang berwarna hijau. Terdapat juga warna awan yang kebiruan. Gambar ini sudah jelas menarik kerana menyerlah dan memfokuskan kepada bunga,daun dan awan.
Elemen: Teks
Tema: Makanan
Huraian: Teks merujuk
kepada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. Kandungan
dalam teks juga perlu diambil kira bagi tujuan pemahaman terhadap gambar atau
grafik. Bagi gambar diatas iaitu gambar
iklan sebuah burger disertai dengan teks “best burger ever” telah dapat
memberikan persepsi tentang burger tersebut. Teks dalam grafik tersebut juga
ditulis dengan besar serta menggunakan jenis font yang jelas agar dapat menarik
minat orang ramai untuk membelinya.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Ruang Rumah
Huraian: Kesesuaian yang
dimaksudkan ialah grafik yang sesuai dengan latar sama ada latar tempat, latar
masa dan juga watak. Dalam grafik diatas memperlihatkan gambar sebuah bilik
tidur. Dalam grafik ini, peralatan yang digunakan adalah bersesuaian dengan
latar tempat iaitu bilik tidur seperti katil,lampu tidur dan bingkai gambar
serta perabot yang lainnya. Hal ini dikatakan demikian kerana semua peralatan
yang digunakan sememangnya wajar terdapat di sebuah bilik tidur.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Huraian: Keseimbangan merujuk kepada ruang yang
terdapat dalam foto atau video iaitu ruang di kiri dan kanan serta atas dan
bawah. Salah satu ciri grafik yang wajar ialah ruang dalam gambar itu perlulah
seimbang. Namun begitu tidak dapat dinafikan bahawa elemen kesimbangan ini
boleh diterima sekiranya grafik dilihat dapat disampaikan dengan baik. Seperti
gambar diatas ruang sebelah kiri dan kanan masing-masing terdapat lima bangku
serta pokok di tepi setiap sudut. Ruang atas juga terisi dengan gambaran awan
manakala ruang bawah diisi dengan bayangan awan yang muncul di permukaan air
kolam.
Elemen: Mudah
Tema: Pemandangan
Rujukan: Gambar sendiri (Kg Pantau-pantau, Semporna Sabah)
Huraian: Grafik ini mempunyai elemen mudah. Hal ini kerana sesorang dapat memahami grafik yang ditunjukkan di atas hanya dengan melihatnya. Walaupun tanpa sebarang teks yang digunakan, sesorang yang melihat foto ini dapat melihat gambaran Pokok Kelapa dengan jelas. Foto ini juga tidak memperlihatkan aspek lain selain pokok kelapa bagi mengelakkan kekeliruan berlaku di kalangan penonton.
Elemen: Warna
Tema: Pemandangan
Rujukan: Gambar sendiri (Pulau Sibuan, Semporna, Sabah)
Huraian: Grafik di atas menunjukan elemen warna. Warna yang dominan dalam gambar tersebut ialah warna biru. Wujud perubahan ton warna laut daripada biru gelap kepada jernih ditambah dengan pasir yang berwarna putih serta langit yang juga berwarna biru. Foto ini memperlihatkan penggunaan warna yang memberikan impak ketenangan kepada sesorang yang melihatnya.
Elemen: Teks
Tema: Pemandangan
Rujukan: Gambar sendiri (Bukit Ekspo TPU, UPM)
Huraian: Grafik ini mengandungi elemen teks. Dalam foto
di atas, font yang digunakan jelas dan saiz font juga agak besar bagi
memudahkan orang untuk membacanya. Teks yang ditulis pada gambar tersebut
bersesuaian dengan latar belakang iaitu warna hijau. Font yang berwarna putih
sudah tentu terlihat jelas sekiranya berlatarkan sesuatu yang gelap seperti
tumbuhan hijau.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Sambutan
Rujukan: Gambar sendiri (BoxInn The Kontena Home, Semporna sabah)
Huraian: Grafik ini menonjolkan elemen kesesuaian. Elemen ini dapat dilihat dengan jelas pada bahan yang digunakan seperti belon dan banner. Bahan-bahan yang digunakan sememangnya sering dikaitkan dengan sambutan. Pada grafik diatas, foto menunjukkan sambutan hari jadi seseorang yang ke-22 tahun melihat kepada belon yang digunakan. Warna yang terdapat dalam grafik juga sesuai antara satu dengan yang lain seperti warna merah jambu,hitam dan emas.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Rujukan: Gambar sendiri (Ded'sa'an Beach Village, Kota Belud, Sabah)
Huraian: Elemen yang diketengahkan oleh grafik di atas
ialah keseimbangan. Hal ini kerana foto ini memiliki kesimbangan melihat kepada
ruang kiri dengan kanan serta ruang atas dan bawah. Kedudukan cahaya mataharia
yang diambil tepat berada ditengah secara tidak langsung bertindak sebagai
titik tengah gambar ini. Bahagian atas yang diisi dengan kepulan awan yang
tebal manakala bahagian bawah memperlihakan laut. Cahaya matahari berwarna
jingga yang berada di bahagian tengah menjadi pembahagi antara awan yang
berwarna putih serta laut yang berwarna gelap. Pembahagian ini dibuat dengan
seimbang tanpa melihat mana-mana ruang yang mendominasi antara ruang laut dan
awan.
No comments:
Post a Comment